Thursday, April 28, 2016

SEJARAH SURAU AN-NAJAH, SK MERBOK (PUSAT)



Semenjak awal penubuhan SK Merbok (Pusat), kelas dijadikan sebagai 'surau' untuk diadakan aktiviti dan program keagamaan seperti Bacaan Yaasin, sambutan Maulidur Rasul, ceramah agama dan sebagainya sehingga tahun 2008.

Hasil keputusan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 pada tahun 2008, majlis sebulat suara bersetuju dengan cadangan untuk mendirikan sebuah bangunan surau yang baru.

Asal tapak pembinaan surau SK Merbok (Pusat) yang baru

Namun, manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Projek pembinaan surau SK Merbok (Pusat) terbengkalai selama tiga tahun disebabkan oleh kekangan kewangan. Projek pembinaan diteruskan pada tahun 2011 setelah mendapat sumbangan dan dana dari pihak PPD Kuala Muda/Yan dan sumbangan dana setiap guru sebanyak RM10 yang dikutip pada setiap bulan.




status projek pembinaan Surau SK Merbok (Pusat) pada bulan Mac 2011

Akhirnya, berkat usaha dan doa pelbagai pihak, pembinaan Surau SK Merbok (Pusat) berjaya disiapkan sekitar tahun 2012. Surau ini telah diberi nama Surau An-Najah oleh guru besar pada masa itu, iaitu Tuan Hj Ahmad Zubir bin Abdullah. Kemuncak kepada projek pembinaan Surau SK Merbok (Pusat) apabila perasmian Surau An-Najah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, iaitu YB Datuk Dr Mohd Fuad bin Zarkashi sempena Sambutan 100 Tahun SK Merbok (Pusat) pada 10 November 2012.






Kini, Surau An-Najah telah digunakan sepenuhnya oleh warga SK Merbok (Pusat) untuk program dan aktiviti yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran, program keagamaan dan sebagainya.








Surau An-Najah terkini...